Tempat Persemadian Jenazah Maryam Binti Imran (Virgin Mary) Maryam

Rumah biara yang dianggap sebagai tempat terakhir untuk Maryam beribadat dan tempat dimana jasad Maryam dikebumikan oleh penduduk tempatan yang terdiri dikalangan mereka yang beragama Islam atau Kristian.

Berdekatan dengan Gunung Pion (Mount of Pion) di Efesus, Turki (Ephesus, Turkey),disana juga terletaknya sebuah gunung yang tinggi disebut Gunung Koressos (bahasa Inggeris: Mount of Koressos)(bahasa Turki: Bulbul Dagi).Tingginya gunung itu adalah lebih kurang 420 meter daripada paras laut. Di atasnya dikatakan teletaknya sebuah biara kecil yang bermihrab dan bumbungnya berkubah dikatakan tempat terakhir bagi Allahyarhamah Maryam binti Imran(Mary) beribadah dan bertahannuth kepada Allah selepas anak tunggalnya Nabi Isa Al-Masih(Jesus Christ) diangkat oleh Allah ke langit. Jenazah beliau juga dikatakandtelah disemadikan didalam biara tersebut di tempat sujudnya dibawah mihrabnya. Setiap tahun dikatakan banyak pelancong yang kebanyakannya terdiri daripada penganut yang beragama Islam dan Kristian memanjat gunung tinggi ini semata-mata untuk melawat dan berdoa kepada Allah untuk mengharapkan kesejahteraan Maryam, khususnya pada tarikh 15 Ogos setiap tahun dikatakan tarikh kematian Maryam.

Dibawah Mihrab seperti yang terdapat didalam gambar dikatakan tempat dimana jasad Maryam dikebumikan.